Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun hari ini meluangkan masa melawat waris mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini.

Ahmad Razif dan Mohamad Fuzi dilihat hadir di Unit Forensik HKL kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi untuk bertemu beberapa waris mangsa.

Mereka meluangkan masa kira-kira 15 minit memberi kata-kata semangat kepada waris mangsa sebelum melawat mangsa yang cedera di Jabatan Kecemasan.

Semalam, seramai 23 pelajar dan guru Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung maut dalam kebakaran yang dianggap terburuk dekad ini.

Jenazah semua mangsa ditempatkan di HKL untuk proses pengecaman identiti selain ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *