Anda di sini!
Utama > Ekonomi > 1MDB Umum AS$360 Juta Bayaran Kepada IPIC

1MDB Umum AS$360 Juta Bayaran Kepada IPIC

1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini mengumumkan ia sudah membayar AS$360 juta kepada International Petroleum Investment Co (IPIC).

Dalam kenyataan hari ini, syarikat itu menjelaskan bayaran itu berdasarkan kepada pindaan bertarikh 8 Ogos 2017 ke atas Surat Ikatan Penyelesaian dengan Menteri​​​​​​​ Kewangan (Diperbadankan) Malaysia dan IPIC.

“Baki daripada tanggungjawab pembayaran asal bertarikh 31 Julai, 2017 kepada​​​​​​​ IPIC kini adalah mengikut tarikh akhir pada 31 Ogos, 2017,” katanya.

Syarikat itu memaklumkan bahawa semua bayaran kepada IPIC adalah daripada hasil program rasionalisasi yang sedang dilakukan.

Leave a Reply

Top