Anda di sini!
Utama > Belia > 150,000 Tempat Untuk Pelajar Antarabangsa

150,000 Tempat Untuk Pelajar Antarabangsa

KUALA LUMPUR, Kerajaan Finland menawarkan 150,000 tempat untuk pelajar antarabangsa di negara itu menjelang 2020.

Duta Finland ke Malaysia Petri Puhakka berkata mereka boleh mengikuti pengajian dalam bidang-bidang yang dijalankan dalam bahasa Inggeris antaranya perhutanan, teknologi maklumat dan komunikasi, teknologi hijau, perguruan dan juga perubatan.

“Kadar kos sara hidup yang rendah di Finland berbanding United Kingdom dan Amerika Syarikat selain universiti kami juga antara yang teratas dalam ranking global menjadikan institusi pendidikan Finland sebagai pilihan menarik untuk pelajar antarabangsa,” katanya ketika ditemui pada sambutan meraikan 30 Tahun Program Pertukaran Pelajar Finland-Malaysia, di sini pada khamis.

Finland katanya sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa universiti tempatan termasuk Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia berhubung kemungkinan mengadakan kerjasama bagi meningkatkan sektor pendidikan.

Finland mempunyai 39 universiti dengan 25 daripadanya merupakan universiti sains gunaan.

Sementara itu, Pengurus Pembangunan Perniagaan Education Ella Gustafsson berkata syarikat tersebut sedang mentransformasikan sistem permohonan memasuki institusi pendidikan tinggi di negara berkenaan bagi memudahkan pelajar berpotensi.

Education merupakan syarikat permulaan Finland yang bekerjasama dengan Kedutaan Finland di Malaysia dengan tujuan menjadikan pendidikan di negara itu lebih mudah diakses oleh dunia,

Hubungan bilateral Malaysia dan Finland terjalin pada 1972 dan kedua-dua negara melaksanakan program pertukaran pelajar sejak 30 tahun lalu.

Leave a Reply

Top