Anda di sini!
Utama > Luar Negara > SpaceX Lancar Roket ‘Falcon Heavy’

SpaceX Lancar Roket ‘Falcon Heavy’

SpaceX dijangka melakukan ujian pelancaran pertama roket Falcon Heavy hari ini, ia bakal menjadi roket paling berkuasa di dunia serta mampu sampai ke bulan atau planet Marikh pada masa depan.

Pelancaran itu dijadualkan pada jam 1.30 petang (waktu tempatan) di Cape Canaveral, Florida.

Difahamkan, projek itu cita-cita paling tinggi SpaceX. Ramai pakar industri berkata, roket itu mampu mengubah hala tuju industri dan berpotensi meletakkan syarikat California itu di depan perlumbaan angkasa moden.

“Agensi Aeronautik dan Angkasa Nasional (NASA) mungkin akan menggunakan roket ini untuk mempercepatkan rancangannya pergi ke bulan atau Marikh,” kata profesor madya sains gunaan di Universiti Aeronautikal Embry-Riddle, Erik Seedhouse.

Pelancaran hari ini adalah sesuatu yang besar walaupun bagi syarikat penerbangan angkasa yang sering mencapai perjanjian besar, kata wakil Planetary Society, Jason Davis sambil menyifatkan Falcon Heavy seolah-olah ‘mitos’.

Tiada orang dalam penerbangan hanya patung memakai pakaian angkasa futuristik di tempat duduk kereta Tesla merah milik Ketua Eksekutif Elon Musk sendiri.

“Orang angkasa dalam kereta sukan merah,” kata Musk menerusi muat naik Instagram beliau semalam sambil menunjukkan kandungan roket itu di ruang tempat memandu ke arah langit. – AFP

Leave a Reply

Top