Kementerian Kesihatan mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati ketika bercuti di kawasan perkelahan dan pusat rekreasi untuk mengelak daripada jangkitan virus leptospirosis atau penyakit kencing tikus.

Setakat tahun ini, terdapat 14 kes membabitkan penyakit tersebut dan 2,200 orang telah dijangkiti virus berkenaan.

Pusat rekreasi menyumbang sebanyak 32 peratus dan 22 peratus daripada jangkitan ini dalam tempoh dua tahun lalu.

Manusia boleh dijangkiti apabila terdedah kepada makanan, air atau tanah yang telah dicemari air kencing haiwan terjangkit (haiwan pembawa).

Bakteria ini boleh dijangkiti melalui pengambilan makanan/minuman tercemar atau memasuki tubuh manusia melalui luka/kudis di kulit dan lapisan mukosa seperti selaput mata dan lapisan mukosa mulut yang bersentuhan dengan air atau persekitaran tercemar.

Seramai 78 orang maut akibat jangkitan virus itu pada tahun lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata kementerian itu telah menjalankan ujian terhadap penyakit itu di 71 kawasan perkelahan di seluruh negara pada tahun lalu dan mendapati 11 peratus (lapan lokasi) didapati positif jangkitan tersebut.

Namun, ini tidak menjamin bahawa lokasi yang diuji negatif bebas sepenuhnya daripada jangkitan tersebut.

Beliau berkata risiko kepada jangkitan kencing tikus adalah berkadar dengan kepadatan tikus yang dipengaruhi sanitasi dan kebersihan, terutama dari segi akses kepada sisa makanan.

“Tahap kebersihan yang rendah/sanitasi di kawasan rekreasi boleh meningkatkan risiko pencemaran,” kata Dr Lokman.

Sisa makanan yang ditinggalkan pengunjung boleh menjadi sumber makanan kepada tikus dan hidupan liar lain yang najisnya akan meracuni kawasan perkelahan tersebut.

Beliau menggesa pengunjung agar mengekalkan kebersihan tempat perkelahan dan rekreasi yang berupaya mengawal populasi tikus dan haiwan lain di kawasan tersebut.

“Kebersihan akan mengubah segalanya,” kata Dr Lokman.

Kelantan mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu sebanyak 365 kes diikuti Sarawak 362 kes dan Terengganu dengan 323 kes.

Namun Selangor menyumbang kepada hampir separuh daripada kes tersebut tahun ini, demikian menurut Kementerian Kesihatan.

Simptom penyakit itu akan mula dirasai selepas beberapa hari mengunjungi pusat perkelahan yang tercemar dengan bakteria leptospira itu.

Selain demam yang tinggi tanda-tanda lain penyakit itu ialah sakit kepala, menggigil, sakit otot, muntah, jaundis (penyakit kuning), radang mata, sakit perut, cirit-birit, batuk dan ruam di kulit.

Pada Mei lalu, seorang pelajar kolej di Seremban dijangkiti wabak leptospirosis selepas mandi di Taman Rekreasi Jeram Toi, Jelebu.

Dia meninggal dunia dua minggu kemudian.

Selain itu, dua penuntut lelaki Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seremban 3 disahkan dijangkiti penyakit itu dan kini stabil di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) dan KPJ Seremban.

Pada April, pelajar politeknik berusia 18 tahun meninggal dunia akibat jangkitan virus kencing tikus selepas berkunjung dan berkelah di Lata Sedim, dekat Kulim.

Pada Oktober tahun lalu, kawasan rekreasi air terjun di kaki Gunung Pulai ditutup selama tiga bulan selepas air terjun di kawasan itu disahkan positif virus leptospirosis.

Walaupun pengunjung terdedah kepada risiko jangkitan virus tersebut, ini tidak bermakna percutian anda perlu dibatalkan.

Pengunjung masih boleh menikmati percutian mereka sekiranya mengambil langkah berwaspada di tempat percutian yang ditujui.

Dr Lokman berkata orang ramai perlu menjaga kebersihan diri dan memilih premis makanan yang bersih untuk mengurangkan risiko dijangkiti virus tersebut.

“Elakkan aktiviti riadah di kawasan yang berisiko dicemari virus tersebut atau mandi di kawasan air terjun yang tidak dijaga dengan baik.

“Elakkan mandi dan minum air mentah dari sumber air semula jadi atau kolam.

“Orang ramai perlu menutup luka dengan balutan kalis air dan memakai pakaian pelindung seperti but getah dan sarung tangan untuk mengelak luka daripada terdedah kepada virus tersebut,” katanya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *