Vicente Del Bosque mengumumkan peletakan jawatan sebagai jurulatih Sepanyol, tiga hari selepas skuadnya tersingkir daripada saingan Euro 2016.

Del Bosque membuat keputusan tersebut berikutan persembahan buruk La Roja di Perancis yang mengakhiri kariernya di Sepanyol selama lapan tahun.

Selaku juara bertahan Kejuaraan Eropah, Del Bosque Del Bosque gagal mengekalkan trofi di Sepanyol apabila tersingkir dalam aksi kalah mati 16 pasukan, tewas kepada Itali 2-0 Isnin lalu.

Pengendali berusia 65 tahun itu menjadi tumpuan sebelum ini berikutan berjaya membawa Sepanyol menjuarai Piala Dunia 2010 dan Euro 2012, namun tahun ini kerjayanya menemui noktah terakhir.

“Sudah tentu saya tidak ada niat untuk terus menyambung kontrak. Keputusan sudah dibuat sebelum ini tanpa ragu-ragu.

“Tidak kira apa sahaja keputusan di Euro, saya memang berniat untuk tidak menyambung kontrak.

“Tempoh akhir pada 31 Julai dan sehingga itu saya masih di sini dan sedia membantu.

“Saya akan meninggalkan bangku jurulatih dan akan sentiasa ada untuk melihat Sepanyol kembali berjaya. Jika saya mampu, saya akan tolong,” jelasnya.

Del Bosque berkata, dia akan berjumpa dengan Presiden Persekutuan Bola Sepak Sepanyol, Angel Maria Villar sebelum mengumumkan perancangan masa depannya.

Bekas pengurus Real Madrid ini mengambil alih pasukan Sepanyol selepas Euro 2008 dan sejak itu dia mula melakar kejayaan pada Piala Dunia 2010 dan Euro 2012, namun gagal mengekal rantak kejuaraan apabila terkeluar daripada saingan peringkat kumpulan Piala Dunia 2014 dan turut sukar mencari skuad terbaik musim ini.

Selain itu, Joaquin Caparros dan Paco Jemez mendedahkan berminat untuk menjadi pengurus pasukan ini.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *