Louis van Gaal mengetahui khidmatnya di Manchester United telah tamat apabila mendapat panggilan telefon dari anak didiknya paling berjaya, Jose Mourinho, lapor Mirror.

Van Gaal akhirnya dipecat pada Isnin, selepas dua tahun menjadi jurulatih – bagi memberi laluan kepada Mourinho yang akan menggantikannya dengan kontrak selama tiga tahun.

Mourinho dikatakan telah membuat panggilan telefon kepada Van Gaal yang pernah menjadi ketua jurulatihnya di Barcelona beberapa minggu lalu untuk memberitahu tentang hasrat United untuk menukar jurulatih.

Bagi menjaga hubungan persahabatan yang lama terjalin antara mereka berdua, Mourinho turut memberitahu Van Gaal bahawa United ingin melantiknya sebagai ketua jurulatih pada musim depan.

Ketika itu, barulah Van Gaal dilapor sedar bahawa dia akan meninggalkan United selepas final Piala FA, walaupun berjaya menjuarainya.

Sebelum mendapat panggilan telefon, Van Gaal tidak percaya United akan memecatnya kerana mempunyai baki kontrak selama setahun.

Bekas jurulatih Belanda itu telah menemui Ketua Eksekutif, Ed Woodward di Kompleks Latihan AON pada 9.30 pagi Isnin, sebelum diberitahu mengenai pemecatannya.

Selain Van Gaal, tiga lagi stafnya iaitu Frans Hoek, Albert Stuivenberg dan Max Reckers turut dipecat.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *