Presiden baharu Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kelmarin melantik menantu lelakinya, Jared Kushner sebagai penasihat kanan Rumah Putih.

Kushner, 35, yang juga seorang penerbit dan pemaju hartanah akan memegang jawatan sebagai penasihat kanan presiden.

Jurucakap pasukan peralihan yang ditubuhkan jutawan hartanah terbabit memaklumkan, suami kepada Ivanka Trump itu juga tidak akan menerima gaji ketika berkhidmat di bawah pentadbiran bapa mertuanya.

“Kushner akan bekerjasama dengan Ketua Turus Rumah Putih, Reince Priebus dan Ketua Strategi, Steve Bannon untuk melaksanakan agenda Trump,” jelasnya.

Sementara itu, Trump menyifatkan menantunya sebagai aset besar dan penasihat boleh dipercayai.

“Saya amat berbangga dengan kehadiran beliau dalam kepimpinan utama di bawah pentadbiran saya,” katanya dalam laporan AFP.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *