Menurut kenyataan Institut Akhbar Malaysia (MPI) hari ini, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, akan turut menyampaikan hadiah kepada pemenang Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) MPI PETRONAS 2015, termasuk dua hadiah utama.

Tahun ini, HKM MPI-Petronas menarik 438 penyertaan media pelbagai bahasa dalam 18 kategori yang dipertandingkan termasuk lima kategori baharu iaitu reka bentuk muka halaman pertama terbaik, infografik terbaik, editorial kartun terbaik, laporan portal terbaik dan laporan radio terbaik.

Pemenang setiap kategori akan membawa pulang RM10,000 manakala pemenang hadiah utama iaitu Anugerah Kajai, akan membawa pulang RM30,000 berserta trofi dan sijil.

Turut dijadualkan hadir pada majlis yang akan diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur itu ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *