Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di pasar tamu mingguan di pekan ini sebentar tadi sempena program lawatannya ke Sabah hari ini.

Timbalan Perdana Menteri yang ditemani Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman disambut Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Ahmad Zahid yang tiba pada jam 9 pagi tadi melawat pasar tamu mingguan dan bersalaman dengan peniaga serta pengunjung sebelum minum pagi bersama orang ramai.

Beliau dijadualkan menghadiri majlis makan tengah hari bersama pemimpin Barisan Nasional (BN) Kota Marudu di sebuah hotel di sini pada jam 11.45 pagi ini.

Timbalan Perdana Menteri akan merasmikan Persidangan Serentak Cawangan UMNO Bahagian, Pergerakan Wanita, pemuda dan Puteri Kota Marudu di Dewan Komuniti Kota Marudu pada jam 1.45 tengah hari nanti.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *