Pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik berkata tindakan kumpulan pelampau agama tidak harus dikaitkan dengan Islam.

Katanya Islam tidak menggalakkan sebarang keganasan dalam ajaran dan pegangannya.

“ISIS, apa sebenarnya nama penuh ISIS? Islamic State of Iraq and Syria. Adakah mereka Islam? Jadi kenapa kita berulang kali menyebutnya sebagai Islamic State of Iraq and Syria.

”Kita patut namakan mereka Anti-Negara Islam Iraq dan Syria,” katanya dalam ceramah umum di Kolej Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di sini hari ini.

Turut hadir ialah Naib Canselor USIM Prof Datuk Dr Musa Ahmad dan Pengarah Bahagian Perancangan Strategik Pejabat Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail.

Menjawab soalan hadirin sama ada tindakan mencemari Islam menjejaskan dakwahnya, Dr Zakir berkata Islam ialah agama yang menggalakkan keamanan seperti yang disebut dalam AlQuran bahawasanya Islam melarang pembunuhan manusia yang tidak berdosa.

“Tak mungkin umat Islam membunuh mereka yang tidak berdosa. Apa yang kitat patut katakan ialah anti-ISISI,” katanya.

ISIS kini dikenali sebagai kumpulan militan Daesh.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *