Share on Facebook

KANGAR, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri menegaskan tiada kes barangan tiruan dilaporkan di Perlis setakat ini.

Pengarah Khairul Amin Talib berkata bagaimanapun pemeriksaan berterusan akan dijalankan bagi memastikan semua peniaga mematuhi peraturan yang ditetapkan mengikut Akta Perihal Dagangan 2011.

Beliau ditemui pemberita pada majlis pelancaran Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) Tahun Baharu Cina 2018 peringkat negeri yang berkuatkuasa hari ini hingga 21 Feb depan.

Beliau turut menasihatkan agar semua peniaga mematuhi harga kawalan yang ditetapkan KPDNKK dan memastikan tanda harga sentiasa dipamerkan bagi mengelakkan didenda.

Katanya peniaga yang menjual melebihi harga terkawal boleh dikenakan denda hingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali atau dikompaun RM50,000, bagi individu.

Bagi syarikat boleh didenda hingga RM500,000 atau kompaun RM250,000 menerusi Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, katanya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *