Pejabat Ketua Setiausaha Negara (KSN) hari ini menafikan pihaknya mengeluarkan kenyataan yang tersebar di media sosial mengatakan KSN mengisytiharkan 13 Disember ini sebagai hari pelepasan am.

Pejabat KSN dalam kenyataan hari ini berkata, kenyataan berkenaan tidak pernah dikeluarkan oleh KSN Tan Sri Dr Ali Hamsa seperti yang diviralkan.

“Adalah dimaklumkan kenyataan berkenaan tidak pernah dikeluarkan KSN, dan 13 Disember 2016 bukanlah merupakan hari kelepasan am,” kata kenyataan itu.

Semalam, tersebar satu mesej di media sosial mengatakan kononnya Ali Hamsa mengisytiharkan 13 Disember ini sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara sempena istiadat pertabalan Yang di Pertuan Agong yang baharu pada hari berkenaan.

Mesej itu turut menyatakan pengisytiharan hari kelepasan am tambahan itu kononnya dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan manakala Sabah dan Sarawak boleh mengambil tindakan mengikut undang-undang negeri masing-masing.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *