Ketua Pasukan Chelsea, John Terry akan mengakhiri khidmatnya bersama Chelsea selama 18 tahun pada akhir musim ini selepas kontraknya tidak disambung lagi.

Berikutan itu, bekas pemain England berkenaan sedang merancang majlis perpisahan bernilai £22,000 bersama rakan sepasukan.

Terry yang menjadi tonggak pertahanan penting buat Chelsea memulakan karier bersama The Blues ketika berusia 17 iaitu pada 1998.

Dia diturunkan buat pertama kali dalam perlawanan Piala Liga menentang Aston Villa.

Sepanjang kariernya bersama Chelsea, Terry telah menjaringkan 66 gol, iaitu 40 gol sahaja dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Pemian berkenaan membuat penampilan terakhir ketika Chelsea seri 2-2 menentang Tottenham Sabtu lalu ketika dia berusia 35 tahun.

Khidmat Terry hampir berakhir pada 2014 selepas kontrak tamat, tetapi jurulatih ketika itu, Jose Mourinho menyambung kontraknya selama dua tahun sehingga 2016.

Ketiadaan Terry sebagai pemimpin di bahagian pertahanan dilapor antara punca prestasi Chelsea menjunam pada musim ini.

Ketiadaan Terry pada musim depan akan memaksa Chelsea untuk membuat pelaburan besar bagi mendapatkan pemain pertahanan tengah berkualiti untuk menghalang asakkan lawan.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *