JASIN, Kerajaan Negeri bercadang membina sebuah pusat rehabilitasi yang lengkap dengan peralatan kesihatan untuk kegunaan rakyat yang akan dibina di Tasik Kenyir dan akan dijadikan hab pusat kesihatan bagi wilayah Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, untuk tujuan itu kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Pusat Rehabilitasi Perkeso Tun Abdul Razak (PRPTAR) yang mempunyai pusat rawatan yang bertaraf antarabangsa di Melaka.

Tambahnya, sebagai permulaan pusat rehabilitasi ini akan diwujudkan di salah sebuah bangunan di Hotel Permai Inn di Kuala Terengganu.

‘Satu perbincangan lanjut akan kita buat dengan pihak Pusat Rehabilitasi Perkeso dan insyaallah kita dapat persepakatan kita akan buat seperti yang ada di Melaka dengan kerjasama dengan beberapa pihak termasuk PRPTAR’.

‘Sebagai permulaan kerajaan negeri akan buka di Hotel Permai Inn yang dijangka beroperasi pada tahun depan dan kita bercadang untuk buka lebih besar yang lengkap di Kenyir dengan bantuan PRPTAR kelak’.

‘Dengan adanya pusat rehabilitasi ini ia juga dapat membantu atlet-atlet sukan Terengganu kerana kita sedia maklum negeri ini merupakan antara negeri melahirkan atlet negara yang berpotensi tinggi’.

‘Pusat rawatan ini juga dijangka akan memberi manfaat kepada pekerja industri minyak dan gas yang merupakan antara industri terbesar d Terengganu yang memerlukan khidmat kesihatan ini’.

‘Bagi memastikan atlet yang cedera atau pun menghadapi masalah kesihatan kita jaga mereka kerana sumbangan mereka yang besar kepada ngara di samping memberi perkhidmatan dan rawatan kepada rakyat’ katanya selepas melawat Pusat Rehabilitasi Perkeso Tun Abdul Razak di Melaka.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Incorporated Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak, Pengerusi TDM Berhad Dato’ Mohamad Muda dan Pengarah Pusat Rehabilitasi Perkeso Tun Abdul Razak Dr Hafez Hussin serta 17 kakitangan termasuk doktor Pusat Rehabilitasi SeberangTakir yang turut sama dalam kunjungan itu.

Sejak beroperasi pada 2014, Pusat Rehabilitasi Perkeso Tun Abdul Razak Melaka telah menerima seramai 2,098 pesakit di mana 1,971 berjaya dirawat dan pulih manakala 860 orang berjaya kembali bekerja.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *