Pertalian ketenteraan antara Jordan dan Amerika Syarikat (AS) mencetuskan spekulasi bahawa tentera kedua-dua negara termasuk United Kingdom (UK) akan campur tangan dalam krisis peperangan di Syria.

Spekulasi tersebut mendakwa campur tangan itu menghalang ancaman pengganas Daesh.

Menurut penganalisis Jordan, tindakan menghantar tentera Jordan ke Syria akan menggugat kestabilan dan keselamatan Jordan sendiri.

Sementara itu, Jeneral Bersara Jordan, Mousa al-Odwan berkata, Jordan sepatutnya mengekalkan postur pertahanan dan serangan di sempadan Syria.

“Kami tidak akan masuk campur dalam konflik di Syria melainkan terdapat ancaman yang jelas ke atas keselamatan Jordan,” katanya.

Sejak krisis Syria bermula pada tahun 2011, Jordan telah menjadi sebahagian daripada strategi AS untuk mengawal konflik di Syria daripada menjejaskan negara jirannya.

Jordan juga merupakan negara sekutu yang diketuai AS untuk mengalahkan kumpulan pengganas Daesh dengan menggunakan tentera udara sendiri untuk melancarkan bom ke Iraq.

Jordan telah bersetuju untuk menjadi negara hos kepada ribuan pelarian Syria.

Penganalisis politik, Adnan Abu Odeh berkata kepada Al-Jazeera, rakyat Jordan sudah salah faham terhadap laporan media salah yang cuba menggambarkan sesuatu akan berlaku di sempadan Jordan dan Syria.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *