Pemuda Umno menyifatkan tindakan anggotanya yang mengancam untuk bertanding dalam pilihan raya kecil di sini sekadar ‘mahu menarik perhatian’.

Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata, orang ramai tidak perlu memberi perhatian kepada Penolong Setiausaha Pemuda Umno Pusat Bandar Taman Chempaka, Syed Rosli Harman Jamalullail.

“Dia tidak relevan. Itulah sebabnya kita tidak beri perhatian kepadanya. Tidak ada tempat untuk individu seperti dia,” katanya kepada pemberita di sini.

Syed Rosli baru-baru ini telah mengumumkan bahawa beliau akan bertanding sebagai calon bebas, dengan mendakwa penduduk tempatan tidak berpuas hati dengan pemilihan Datin Mastura Mohd Yazid sebagai calon Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar.

Mastura, 55, adalah balu kepada Allahyarham Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad yang meninggal dunia dalam nahas helikopter awal bulan lepas di Sarawak.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *