Jumaah Majlis Diraja Johor, hari ini mengumumkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menukar gelaran berdasarkan keistimewaan dan hak kuasa baginda mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, berkata Sultan Ibrahim berkenan menukar gelaran ‘His Royal Highness’ kepada ‘His Majesty’ mengikut Bahagian Kedua Fasal 7(2)(d)(f) dan (g) Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

Katanya, Sultan Ibrahim juga berkenan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah dibahasakan ‘Her Majesty’.

“Gelaran dalam bahasa Malaysia ‘Duli Yang Maha Mulia’ bagi Sultan dan Permaisuri Johor, dikekalkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mulai dari tarikh 5 September, gelaran rasmi Sultan Johor dan Permaisuri Johor adalah seperti berikut, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim atau Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim, Sultan Johor atau Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Johor atau Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor.

Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor atau Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah, Permaisuri Johor atau Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *