Sikap  Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamed yang tidak pernah berubah akan menyukarkan lagi kerjasama antara pembangkang secara keseluruhan.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pakatan pembangkang akan menghadapi kesukaran jika terus bekerjasama dengan Mahathir.

“Kalau nak bersatu dia kena ubah. Mahathir kena ingat dia bukan lagi perdana menteri atau presiden Umno, kita juga tekad tidak masuk Pakatan Harapan.

“Mahathir dahulu lagi merasakan dia sentiasa betul, banyak ilmu dan setaraf ulama. Tindakannya melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap ulama termasuk mufti menunjukkan sikapnyatidak pernah berubah,” katanya kepada media.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Majlis Menandatangani Perjanjian Projek Perdagangan Kredit Karbon dalam hutan simpan kekal antara kerajaan negeri dengan Syarikat Climate Protector Sdn Bhd di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Mahathir yang menolak pandangan pelbagai pihak termasuk mufti yang tidak bersetuju dengan kenyataan yang menyifatkan ibadah haji melalui Program Khas Haji Perdana Menteri Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak mendapat haji mabrur.

Mengulas lanjut, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar bagaimanapun, menyerahkan kepada rakyat menilai tingkah laku Mahathir yang sering melemparkan tuduhan yang tidak berasas.

“Itulah Mahathir, dia bercakap semua perkara walaupun dia tidak faham. Dia yang dahulu dan sekarang sama sahaja,” katanya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *