Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor, Datuk Simi Abd Ghani dilantik sebagai Pengarah Bahagian Siasatan yang baharu berkuat kuasa pada Selasa.

Simi menggantikan Datuk Azam Baki yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM pada 4 Oktober tahun lalu.

Beliau menyertai SPRM pada 16 Jun 1983 sebagai pegawai siasatan di Ibu Pejabat Badan Pecegah Rasuah (BPR).

Beliau dilantik sebagai Pengarah BPR Sarawak pada 1 Disember 2004 sebelum memegang jawatan sebagai Pengarah BPR Pahang pada 16 Julai 2006.

Pada 1 Januari 2008, Simi memegang jawatan sebagai Pengarah BPR Johor dan dilantik sebagai Pengarah SPRM Selangor pada 2014 sebelum kembali menjadi Pengarah SPRM Johor pada 15 Mac 2016.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *