Pegawai Copa America memohon maaf kepada Uruguay selepas melakukan “kesilapan manusia” apabila memasang lagu kebangsaan Chile sebelum pertembungan dengan Mexico bermula.

Pemain-pemain Uruguay kelihatan bingung selepas lagu Chile dimainkan di Stadium Universiti Phoenix di Glendale, Arizona.

Ia sedikit-sebanyak memberi kesan kerana Alvaro Pereira menanduk masuk gol sendiri pada minit keempat, yang meletakkan Mexico di hadapan.

Dalam satu kenyataan, penganjur memohon maaf kepada Uruguay disebabkan kesilapan itu.

“Akibat ‘kesilapan manusia’, kami memohon maaf kerana memainkan lagu kebangsaan yang salah.

“Kami memohon maaf kepada Persekutuan Uruguay, pasukan negara Uruguay, dan rakyat Uruguay di atas kesilapan ini.

 “Kami akan bekerjasama dengan semua pihak yang terlibat untuk memastikan kesilapan sebegini tidak akan berlaku lagi.

Uruguay tewas 3-1 kepada Mexico dalam aksi sulung  Kumpulan C, Copa America.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *