Saham AirAsia Bhd meningkat dalam dagangan sesi pagi hari ini berikutan pemeteraian memorandum persefahaman antara syarikat penerbangan kos rendah (LCC) itu dengan dua rakan kongsi China bagi menubuhkan LCC di Zhengzhou, China.

Pada jam 10.29 pagi, saham AirAsia naik lima sen kepada RM3.53 dengan 2,734,300 juta saham bertukar tangan.

Dua rakan kongsi China terbabit ialah China Everbright Group dan Kumpulan Kerja Kerajaan Henan bagi menubuhkan LCC di China.

Di bawah perjanjian tersebut, semua pihak terlibat akan mewujudkan usaha sama dikenali sebagai AirAsia (China) .

AirAsia (China) akan melabur dalam infrastuktur penerbangan, termasuk terminal LCC khusus di Lapangan Terbang Zhengzhou dan sebuah akademi penerbangan bagi melatih juruterbang, kru dan jurutera serta kemudahan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih bagi menyenggara pesawat.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *