KOTA BHARU, Pas optimis dengan penjelasan yang diberikan semasa pembentangan usul Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah(Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 di Parlimen semalam akan memberi pandangan baru kepada semua pihak terutamanya pembangkang dalam memahami pindaan akta tersebut.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, ia merupakan satu perkembangan baik apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang dibenarkan untuk membawa satu RUU persendirian itu semalam.

“Saya pun terkejut kerana celahan pun tidak banyak semasa perbahasan, dan kalau ada pun semuanya celahan yang baik, kearah mereka nak memahami RUU tersebut.

“Saya juga dicelah oleh ahli parlimen bukan islam, terutamanya mengenai jika lulus pindaan ini, maka hudud akan dilaksanakan. Ini yang ditakuti oleh bukan Islam. Maka saya dan Tok Guru Haji Hadi jelaskan perkara ini dengan baik.

“Dan saya yakin mereka kini lebih jelas kenapa kita naikkan  hukuman kepada 30 tahun dan denda kepada 100,000 dan kenapa 6 rotan sebatan kepada 100 rotan sebatan Syariah. Alhamdulialh smuanya faham dan baik,” katanya kepada media di sini.

Beliau ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra semalam sejurus tiba di Kota Bharu dan disambut oleh Pemuda, Muslimat dan kepimpinan Pas negeri.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *