Oleh : Hidayat Fansyuri

SHAH ALAM, Pada tahun 2017 RISDA memperuntukkan sebanyak RM 27 juta untuk aktiviti keusahawanan merangkumi Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET), pembangunan pruduk, premis perniagaan dan pemasaran pameran dan promosi serta jaringan strategik.

Menurut Pengerusinya YB Datuk Zahidi Zainul Abidin ketika merasmikan Karnival Usahawan RISDA peringkat Negeri Selangor, “Pembangunan keusahawanan dan aktiviti ekonomi menjadi fokus utama RISDA pada tahun ini dalam usaha untuk meningkatkan kualiti hidup pekebun kecil selain bergantung kepada komoditi getah dan sawit sahaja, ini merupakan inisiatif RISDA bagi memastikan pekebun kecil mempunyai pendapatan kedua,” katanya.

“Bagi memastikan usahawan RISDA kekal bersaing dimasa depan RISDA membantu usahawan menambah nilai produk dengan meningkatkan keupayaan untuk bersaing di pasaran tempatan atau pun antarabangsa,” katanya.

“Usaha tersebut antaranya memantapkan kemahiran, R&D dan inovasi, pembungkusan dan pelabelan, akreditasi dan persijilan. RISDA turut menyediakan platform bagi membantu usahawan memasarkan produk dengan menyediakan bantuan premis perniagaan.”

“Ini dilaksanakan sama ada dengan bina baru, disewa atau dibeli bangunan yang boleh digunakan sebagai premis perniagaan. Pada tahun ini juga Risda akan membina 7 buah RISSMART di Johor, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Perlis dan Terengganu,” tambahnya.

“RISDA turut menjalankan pelbagai program yang mudah dan hasil boleh diperolehi dengan cepat misalnya memberi latihan dan peralatan yang diperlukan sesudah tamatnya bengkel,” katanya kepada pemberita di SACC Mall hari ini.

“Antaranya program pembangunan vendor, Mentor Mentee, Groom Big, Rakan Niaga dan Integrator. Sehubungan itu, dengan peluang dan ruang yang telah disediakan wajarlah semua usahawan pekebun kecil merebut peluang ini bagi menambah rangkaian perniagaan dan pemasaran masing-masing,” katanya.

 

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *