Penganjur Rio 2016 menawarkan sejuta tiket tambahan untuk Sukan Olimpik tahun ini sebagai peluang terakhir bagi membolehkan peminat hadir ke acara yang diadakan empat tahun sekali itu, lapor agensi berita China, Xinhua.

Kumpulan itu termasuk tiket bagi menyaksikan perlawanan akhir bola keranjang lelaki dan bola sepak serta upacara pembukaan, kata pegawai perkhidmatan berita Agencia Brasil pada Khamis.

Kira-kira 5.7 juta tiket ditawar sebelum ini dan daripada jumlah itu, sebanyak 3.5 juta sudahpun terjual.

Bagaimanapun, tiada maklumat bila fasa pembelian tiket semasa akan berakhir.

Sukan Olimpik pertama di Amerika Selatan itu akan berlangsung dari 5 hingga 21 Ogos diikuti Sukan Paralimpik dari 7 hingga 18 Sept.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *