Oleh : Hidayat Fansyuri

Ada suara-suara sumbang menyatakan pihak produksi Gegar Vaganza musim ke-3 mengamalkan pilih kasih kepada pihak media.

Khabarnya “pas media” hanya di berikan kepada media terpilih walaupun wartawan hiburan yang hanya menggunakan platform youtube.

Wartawan online banyak mengeluh perihal sikap pilih kasih pihak produksi astro bukan sekali tetapi banyak kali perkara ini berlaku, khabarnya wartawan akhbar juga menghadapi perkara yang sama.

Sudahlah pas kepada media tidak diberikan, pihak media pula dipaksa membeli tiket vvip berharga RM 1500 untuk dua tiket. Media diperlakukan seolah-olah pengemis untuk membuat liputan Gegar Vaganza di MBSA.

Khabarnya juga tiket diperuntukkan sepanjang musim kepada beberapa media tidak rasmi yang menggunakan platform youtube dan platform online seperti “facebook” dan portal hiburan yang rata-rata adalah kawan baik kepada “orang dalam”.

Jadi media yang bertugas tidak diperuntukkan tiket walaupun hanya sekeping. Jika tidak mahu bekerjasama dengan portal berita kecil tidak mengapa tetapi janganlah menghina dengan menyuruh kami ini membeli pula tiket yang berharga “ribu riban”, tidak mati pun kami jika tidak menyaksikan Gegar Vaganza.

Jika tidak mahu menghormati kami sebagai media bertugas tidak mengapa, tetapi jangan menghina kami ini seolah-olah mengemis pula.

 

 

 

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *