Portugal muncul pasukan pertama melangkah ke pusingan separuh akhir Euro 2016 selepas menundukkan Portugal  5-3 menerusi penentuan penalti di Marseille, awal pagi Jumaat.

Keputusan kekal 1-1 pada masa tambahan dan memaksa pasukan juara ditentukan menerusi sepakan penalti.

Cristiano Ronaldo dan Robert Lewandowski masing-masing berjaya menyempurnakan penalti pertama buat kedua-dua pasukan itu.

Portugal mendahului dengan 4-3 selepas sepakan pemain Poland, Jakub Blaszczykowski terkena palang.

Ricardo Quaresma melengkapkan penalti kelima Portugal apabila sepakannya gagal ditampan penjaga gol, Lukasz Fabianski.

Kemenangan itu membolehkan Portugal mara ke kelompok empat pasukan terbaik dengan bertemu sama ada Wales atau Belgium.

Lewandowski akhirnya berjaya menamatkan kemarau golnya pada kejohanan itu selepas membuka jaringan awal untuk Poland pada minit kedua selepas merembat masuk hantaran Kamil Grosicki.

Namun rakan baharunya di Bayern Munich, Renato Sanches meranapkan impian Poland untuk terus menguasai perlawanan apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-32.

Ronaldo turut gagal menambah koleksi golnya selepas terlepas peluang di hadapan gol ketika perlawanan berbaki lima minit sekali gus mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Senarai pemain:

Portugal: Rui Patrício; Cédric, Pepe, Fonte, Eliseu; William Carvalho, Adrien, João Mário, Sanches; Nani, Ronaldo.

Poland: Fabianski; Piszczek, Glik, Pazdán, Jedrzejczyk; Blaszczykowski, Krychowiak, Maczýnski, Grosicki; Milik, Lewandowski.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *