ALOR SETAR, Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 Langkawi menahan seorang lelaki bersama sekilogram dadah jenis heroin dalam Ops Landai di persisiran Pantai Kuala Kedah, semalam.

Komander PPM Wilayah 1, ACP Rosman Ismail berkata bertindak atas maklumat, sepasukan anggota telah menjalankan pemeriksaan terhadap seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun pada pukul 6.10 petang.

“Hasil pemeriksaan, polis telah menemui dua bungkusan plastik dadah jenis heroin yang diletak di dalam sebuah beg dengan nilai rampasan dianggarkan RM16,000.

“Suspek yang bekerja sebagai nelayan dipercayai bertindak sebagai pengedar dadah untuk nelayan-nelayan di kawasan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes telah diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Daerah Alor Setar untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *