Sebuah pendaftaran pesalah seks perlu digubal secara berasingan daripada undang-undang sedia ada bagi memastikan pemangsa boleh diletakkan di bawah pengawasan polis secara berterusan.

Satu sumber di Bukit Aman berkata, polis sedang berusaha untuk membentuk pendaftaran pesalah seks kerana ia boleh memudahkan siasatan pihaknya.

“Di bawah Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini 1969, atau Akta 7, ia hanya akan mendaftarkan pesalah tanpa memberi kuasa kepada pihak berkuasa untuk memantau mereka.

“Kami mahu hukuman berat terhadap pemangsa ini,” kata sumber itu.

Sumber itu berkata, polis berharap Menteri Pembanguna Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim akan menyokong pendaftarannya.

“Bagaimanapun, ia tidak seharusnya bersekali dengan Akta Kanak-kanak kerana ia perlu diasingkan,” kata sumber itu.

Pada masa ini, Malaysia mempunyai Akta Pendaftaran bagi Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini 1969 di mana rogol, seks oral atau liwat dengan kerelaan dimasukkan didalamnya.

Ia tidak termasuk orang yang disabitkan atas kesalahan seks oral atau liwat tanpa kerelaan.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *