KUALA LUMPUR, Polis dilihat merampas beberapa barang dan dokumen dipercayai dari kediaman peribadi Datuk Seri Najib Razak di Pavilion Residence di sini, sebentar tadi.

Barangan terbabit dipercayai hasil penggeledahan yang dilakukan polis sejak jam 10 malam tadi berkaitan siasatan ke atas bekas Perdana Menteri itu.

Setakat jam 3 pagi tadi, anggota polis dilihat meninggalkan perkarangan Pavilion Residence bersama barangan yang dirampas.

Sebelum itu, lebih 15 kenderaan dan trak polis turut dilihat memasuki pekarangan rumah Najib di Taman Duta di sini, jam 10.15 malam tadi.

Kumpulan pegawai dan anggota polis dipercayai melakukan serbuan serentak, dipercayai bagi mendapatkan bukti membantu siasatan yang sedang dijalankan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, mengesahkan serbuan ke atas rumah bekas Perdana Menteri, malam tadi.

Beliau memaklumkan serbuan berkenaan dilakukan untuk tujuan penggeledahan tetapi enggan mengulas lanjut.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *