KUANTAN, Polis negeri telah mengambil keterangan daripada Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman, berkaitan istilah ‘kafir harbi’.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Sharifuddin Ab Ghani berkata, keterangan Abdul Rahman diambil di pejabatnya di sini Khamis.

“Keterangan beliau (mufti Pahang) sudah kami serahkan kepada Polis Pulau Pinang yang melakukan siasatan kerana laporan polis mengenainya dibuat di sana,” katanya kepada pemberita di sini, Khamis malam.

Sharifuddin berkata demikian semasa ditemui selepas majlis berbuka puasa dan moreh Zon C bersama ketua polis dan menteri besar Pahang sempena Ramadan di sini.

Berdasarkan laporan media baru-baru ini, Abdul Rahman dipetik sebagai berkata DAP yang jelas menentang pelaksanaan hukum Islam dan berhasrat untuk menubuhkan sebuah negara sekular tergolong dalam kalangan kafir harbi yang wajib ditentang umat Islam.

Abdul Rahman bagaimanapun menjelaskan kenyataannya itu tidak merujuk kepada DAP, tetapi kepada sesiapa sahaja yang menentang Islam.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *