Pelumba Malaysia, Khairul Idham Pawi melakar sejarah sukan pemotoran negara apabila merangkul trofi juara Moto3 pada Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) di Grand Prix Argentina awal pagi Isnin.

“Saya sangat gembira dengan kejuaraan kali pertama ini.

“Saya mencuba yang terbaik dan kekal fokus untuk terus mendahului pelumba-pelumba lain.

“Keadaan jentera yang sangat memuaskan telah memberi saya keyakinan untuk terus bersaing,” jelas Khairul Idham kepada motoGP.com selepas perlumbaan.

Lebih mengejutkan, pelumba rookie dari pasukan Honda Team Asia berusia 17 tahun itu tanpa rasa gementar memecut jenteranya untuk mengetepikan pelumba-pelumba yang lebih berpengalaman pada penampilan ketiga siri perlumbaan dunia ini.

Khairul Idham menamatkan perlumbaan dengan mencatat masa terpantas 41 minit 35.452 saat ketika aksi di Litar Termas de Rio Hondo itu sekaligus 26 saat meninggalkan pelumba Sepanyol, Navarro (Estrella Galicia 0.0) serta Brad Binder (Red Bull KTM Ajo), 42m 5.791s.

Keadaan litar basah pada perlumbaan itu membuatkan pelumba-pelumba sukar untuk membuat pilihan terbaik sehingga minit terakhir perlumbaan dan ternyata percaturan yang dibuat pasukan Khairul Idham membuahkan hasil.

Sementara itu, Niccolo Antonelli dari pasukan Ongetta-Rivacold yang kini mendahului kedudukan keseluruhan pelumba, hanya menamatkan saingan di tempat ke-10, kelebihan tiga saat di atas seorang lagi pelumba negara, Adam Norrodin (Drive M7 SIC Racing Team) yang berada di tempat kesebelas.

Manakala rakan sepasukan Adam, Jakub Kornfeil berjaya berada dalam kelompok sepuluh terbaik dengan menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-9.

Keputusan penuh perlumbaan Moto3:

1. Khairul Idham Pawi MAL Honda Team Asia (Honda) 41m 35.452s 

2. Jorge Navarro SPA Estrella Galicia 0,0 (Honda) 42m 1.622s 

3. Brad Binder RSA Red Bull KTM Ajo (KTM) 42m 5.512s 

4. Andrea Locatelli ITA Leopard Racing (KTM) 42m 5.791s 

5. Joan Mir SPA Leopard Racing (KTM) 42m 5.958s 

6. Hiroki Ono JPN Honda Team Asia (Honda) 42m 6.188s 

7. John Mcphee GBR Peugeot MC Saxoprint (Peugeot) 42m 7.945s 

8. Jorge Martin SPA ASPAR Mahindra Team Moto3 (Mahindra) 42m 16.048s 

9. Jakub Kornfeil CZE Drive M7 SIC Racing Team (Honda) 42m 21.119s 

10. Niccolò Antonelli ITA Ongetta-Rivacold (Honda) 42m 21.345s 

11. Adam Norrodin MAL Drive M7 SIC Racing Team (Honda) 42m 21.625s 

12. Juanfran Guevara SPA RBA Racing Team (KTM) 42m 26.886s 

13. Fabio Quartararo FRA Leopard Racing (KTM) 42m 33.345s 

14. Maria Herrera SPA MH6 Laglisse (KTM) 42m 41.435s 

15. Philipp Oettl GER Schedl GP Racing (KTM) 42m 43.878s 

16. Livio Loi BEL RW Racing GP BV (Honda) 42m 45.617s 

17. Enea Bastianini ITA Gresini Racing Moto3 (Honda) 42m 47.116s 

18. Nicolo Bulega ITA SKY Racing Team VR46 (KTM) 42m 47.243s 

19. Gabriel Rodrigo ARG RBA Racing Team (KTM) 42m 47.603s 

20. Romano Fenati ITA SKY Racing Team VR46 (KTM) 42m 47.722s 

21. Alexis Masbou FRA Peugeot MC Saxoprint (Peugeot) 42m 47.834s 

22. Bo Bendsneyder NED Red Bull KTM Ajo (KTM) 42m 47.974s 

23. Francesco Bagnaia ITA ASPAR Mahindra Team Moto3 (Mahindra) 42m 54.336s 

24. Karel Hanika CZE Platinum Bay Real Estate (Mahindra) 43m 0.567s 

25. Fabio Di Giannantonio ITA Gresini Racing Moto3 (Honda) 43m 7.427s 

26. Jules Danilo FRA Ongetta-Rivacold (Honda) 43m 13.852s 

27. Tatsuki Suzuki JPN CIP-Unicom Starker (Mahindra) 43m 14.236s 

28. Stefano Valtulini ITA 3570 Team Italia (Mahindra) 43m 14.503s 

29. Andrea Migno ITA SKY Racing Team VR46 (KTM) 43m 19.487s 

30. Darryn Binder RSA Platinum Bay Real Estate (Mahindra) +1 lap 

31. Lorenzo Petrarca ITA 3570 Team Italia (Mahindra) +1 lap 

32. Fabio Spiranelli ITA CIP-Unicom Starker (Mahindra) +1 lap 

Aron Canet SPA Estrella Galicia 0,0 (Honda) (DNF)

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *