Tindakan DAP yang berdiam diri berhubung  pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) oleh Presiden PAS Abdul Hadi Awang telah menimbulkan tanda tanya.

Ahli Jawatankuasa Pusat MCA Datuk Chew Kok Woh berkata DAP telah bertindak pelik apabila mengguna pakai pendirian ‘senyap’.

“Mungkin, DAP dalam suasana bersalah. Lagipun, mereka secara aktif menyokong pengundi Cina untuk menyokong PAS sepanjang pilihan raya umum (PRU) 2013.

“DAP kata PAS tidak akan memaksa pelaksanaan hukum hudud dan malah menganjurkan lawatan ke Kelantan untuk menunjukkan bahawa kononnya negeri itu syurga?”

Chew, yang juga ketua MCA Sabah, berkata walaupun mendakwa putus hubungan dengan PAS, exco DAP dalam kerajaan Pulau Pinang dan Selangor masih menghadiri mesyuarat dengan mereka setiap hari.

Pemimpin DAP di Selangor, katanya, perlu keluar daripada kerajaan negeri jika PKR dan PAS sama-sama menyokong usul itu ketika undian.

Turut bersetuju dengan sentimen beliau adalah Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA, Ti Lian Ker yang berkata, tiga Exco DAP Selangor perlu menuntut penyingkiran empat anggota exco PAS dalam pentadbiran negeri.

“DAP mesti cermin diri dan bertanya kepada diri sendiri mengapa mereka masih berkongsi kerajaan negeri bersama dengan PAS dan PKR,” katanya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *