Pembukaan semula nasi kandar popular, Line Clear selepas hanya tiga hari ditutup disebabkan tahap kebersihan restoran itu menepati keperluan.

Pengarah Kesihatan Pulau Pinang, Datuk Dr M Sukumar berkata, Isnin lalu restoran yang menjadi ikonik Pulau Pinang itu diarahkan tutup selepas Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut mendapati tahap kebersihan premis terbabit tidak memuaskan.

Walau bagaimanapun, selepas pemeriksaan semula pada Khamis lalu, pegawai pemeriksa berpuas hati dengan tahap kebersihannya.

“Pada 13 Mac lalu, dua restoran nasi kandar di Jalan Penang diarah tutup dalam satu operasi Jabatan Kesihatan Daerah Timur Laut bersama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP). Ia berikutan kedua-dua restoran terbabit tidak menepati tahap kebersihan di bawah Sekysen 11 Akta Makanan 1983.

“Namun, pemeriksaan semula premis dijalankan 16 Mac dan didapati tahap kebersihan restoran telah menepati keperluan. Line Clear telah dibuka pada 16 Mac manakala sebuah lagi akan diperiksa semula pada hari ini (17 Mac),” katanya menerusi kenyataan medianya, hari ini.

Dr Sukumar berkata, sekiranya pegawai pemeriksa berpuas hati dengan tahap kebersihan, maka restoran tersebut akan dibenarkan beroperasi semula.

“Namun, jika restoran masih tidak menepati kehendak dari segi kebersihan, maka penutupan akan dilanjutkan tidak melebihi 14 hari lagi,” katanya.

Isnin lalu, Restoran Line Clear diarahkan tutup selama dua minggu selepas pemeriksaan pihak berkuasa mendapati terdapat tikus, bangkai tikus dan lipas di premis berkenaan.

Walaubagaimanapun, restoran itu dibenarkan beroperasi sehingga 8 malam (hari sama) sebelum ditutup untuk kerja pembersihan premis berkenaan.

Seain Line Clear, sebuah restoran nasi kandar yang terletak bersebelahan dengannya, Restoran Yasmin turut diarah tutup kerana tahap kebersihan tidak memuaskan kerana dijumpai banyak najis tikus berdekatan minuman tin.

Tujuan arahan penutupan premis dikeluarkan adalah untuk membolehkan kerja pembersihan premis dijalankan.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *