Seorang murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Seri Iman, Kemaman maut selepas terhumban keluar daripada kenderaan pacuan empat roda yang dipandu bapanya.

Toyota Hilux dipandu Amirruddin Mamat, 39, tahun dari Paka ke Kuala Terengganu dilanggar kenderaan dari arah belakang.

Kemalangan berlaku di Kilometer 333.5, Lebuhraya Pantai Timur 2, berhampiran Paka kira-kira jam 9.10 pagi.

Rempuhan mengakibatkan kenderaan pacuan empat roda terbabit terbalik menyebabkan mangsa, Amni Khatijah Amiruddin tercampak keluar.

Mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Pusat Kesihatan Ketengah Jaya.

Ketika kejadian, isteri dan tiga lagi anak Amirruddin dalam perjalanan dari Felda Kerteh 4 untuk melawat keluarga di Hospital Kuala Terengganu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jenazah mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk dibedah siasat.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *