GEORGETOWN, Mayat terakhir kejadian runtuhan tanah di tapak pembinaan rumah mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah dikeluarkan pasukan penyelamat pada jam 11.02 pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri, Saadon Moktar, berkata mayat satu-satunya warga tempatan, Yuan Kuok Wern, 27, dapat dikeluarkan selepas pasukan penyelamat berhadapan kesukaran.

“Pasukan penyelamat mengalami kesukaran sedikit untuk mengeluarkan mayat Kuok Wern kerana tersepit di sebalik cerucuk besi dengan keseluruhan operasi mengambil masa hampir dua jam.

“Kita juga akan menggerakkan enam anjing pengesan di seluruh lokasi runtuhan bagi mengenal pasti tiada lagi mayat tertimbus di kawasan terbabit, sebelum operasi mencari dan menyelamat dapat ditamatkan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Seramai 11 pekerja pembinaan yang sedang melakukan kerja mengikat konkrit terperangkap dalam kejadian runtuhan tanah, dalam kejadian di tapak pembinaan rumah mampu milik, pada jam 8.50 pagi, kelmarin.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *