Seorang lelaki ditahan polis kerana disyaki membuat ancaman menerusi media sosial untuk memenggal kepala peguam, Siti Kasim.

“Ya, kami mengesahkan bahawa suspek yang merupakan seorang lelaki ditahan pada Selasa malam berhubung kes tersebut,” kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh menerusi pesanan teks.

Siti turut berkongsi berita mengenai penahanan itu di akaun Facebooknya pada Rabu.

Beliau juga memberitahu bahawa suspek terbabit direman selama tiga hari.

Menurut laporan polis yang dibuat Siti Kasim, yang dimuat naik di Facebooknya, beliau menerima ugutan berkenaan awal bulan ini.

Ancaman tersebut termasuk menggesan orang ramai supaya memenggal kepalanya.

Dipercayai ugutan itu berikutan komennya mengenai isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) yang dilaporkan oleh sebuah portal.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *