Sejumlah RM98 bilion diperuntukkan kepada pengurus portfolio luar sehingga 31 Dis, 2015, peningkatan 14 peratus berbanding RM86 bilion tahun sebelumnya, kata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Peruntukan ini, dilaburkan dalam instrumen ekuiti dan pendapatan tetap, mewakili kira-kira 14 peratus daripada jumlah aset pelaburan KWSP, kata pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman.

Beliau berkata KWSP komited mengisytiharkan dividen nominal tidak kurang daripada 2.5 peratus bagi setiap tahun dan dividen sebenar sekurang-kurangnya dua peratus pada tiga tahun secara berkala.

“Pelaburan menerusi pengurus dana luar membolehkan kami memanfaatkan pengetahuan dan kemahiran mereka terutamanya dalam pasaran kewangan global,” katanya pada Majlis Anugerah Pengurus Portfolio KWSP 2015, di sini, Khamis.

Beliau berkata KWSP juga akan terus mencari aset pulangan tinggi yang sesuai dengan profil pulangan risikonya sebagai dana simpanan persaraan, seperti ekuiti dan hartanah dan sebagai pempelbagaian pelaburan menggunakan pendekatan kelas pelbagai aset.

Mengenai anugerah pelaburan Islam itu, Samsudin berkata, ia mencerminkan usaha KWSP untuk mempromosikan dan membangunkan agenda Pusat Kewangan Islam Malaysia.

Pendedahan KWSP kepada pelaburan patuh Syariah merangkumi kelas pelbagai aset ketika ini melebihi 40 peratus daripada jumlah asetnya, katanya.

Pada akhir 2015, jumlah aset pelaburan dana itu ialah sebanyak RM684.53 bilion, naik 7.54 peratus daripada RM636.53 bilion pada 2014.

Anugerah Pengurus Portfolio Luar KWSP 2015 menyaksikan 17 anugerah disampaikan kepada pengurus portfolio luar yang mencatatkan prestasi terbaik

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *