Tiga suspek dipercayai penculik maut, dua diberkas dan dua berjaya melepaskan diri dalam kejadian tembak menembak dengan Pasukan Gerakan Am (PGA) di perairan Pulau Gaya di sini malam tadi.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun berkata dalam kejadian itu, seorang jurangan yang diculik di perairan Bekapit di Lahad Datu berjaya diselamatkan, manakala seorang lagi jurangan yang diculik di Pulau Gaya dibawa lari oleh dua lagi penculik yang berjaya melepaskan diri.

Ketujuh-tujuh suspek itu, yang dipercayai dari selatan Filipina, telah menyamun dua bot nelayan di kedua-dua tempat itu serta menculik kedua-dua jurangan tersebut daripada bot nelayan terbabit, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *