Kerajaan Ukraine membenarkan perjalanan tanpa visa ke zon Schengen, di tengah-tengah ketegangan antara negara disokong Barat dan Rusia.

Menurut Presiden Ukraine, Petro Poroshenko, Kesatuan Eropah (EU) akhirnya memutuskan untuk meluluskan usaha Kiev bagi mendapatkan perjalanan bebas visa untuk rakyatnya ke negara Eropah, termasuk 22 negara anggota dan empat negara bukan EU.

“Ya, kami berjaya. Rasanya seperti pulang ke rumah selepas perjalanan yang panjang dan meletihkan,” katanya.

Kelulusan itu dibuat hampir tiga tahun selepas rakyat Ukraine, kebanyakannya di Kiev dan barat negara, memberontak terhadap kerajaan Rusia.

Pemberontakan mencetuskan konflik besar-besaran di selatan dan timur Ukraine, di mana etnik Rusia membuat keputusan untuk menyertai Moscow dalam referendum dan kemudian terlibat dalam konflik dengan kerajaan Kiev. – Press TV

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *