JELI, Kerajaan tetap membangunkan kawasan luar bandar termasuk mewujudkan universiti demi kemudahan rakyat, walaupun di negeri yang bukan di perintah Barisan Nasional (BN), kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, usaha dilakukan secara berterusan itu tanda prihatin kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, sebagai contoh tiga kampus Universiti Malaysia Kelantan (UMK) diwujudkan di Jeli, Bachok dan Pengkalan Chepa adalah bertujuan melihat proses urbanisasi dilakukan di kawasan luar bandar.

“Kewujudan kampus di kawasan luar bandar adalah pemangkin kepada kemajuan ekonomi selain mempertingkatkan tahap sosial.

“Ini memperlihatkan keperihatinan kerajaan membangunkan kawasan luar bandar walaupun kita tahu ia diperintah pembangkang. Namun, atas dasar pembangunan, kita tetap memberikan tumpuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Bersama Mahasiswa UMK di sini, pada selasa.

Turut hadir, Naib Canselor UMK, Datuk Dr Mortaza Mohamed dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Seramai 1,849 mahasiswa baharu UMK membabitkan tiga kampus mendaftar hari ini.

Zahid berkata, usaha membangunkan kawasan luar bandar bukan hanya janji kosong apabila kerajaan membuktikan seperti akur janji yang dibuat sebelum ini.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *