Share on Facebook

LANGKAWI, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri hari ini menyelar tindakan pihak tertentu yang menyebarkan semula tuduhan lama tidak berasas terhadap beliau menerusi media sosial.

Katanya tuduhan beliau pernah menyatakan ‘Bumiputera akan mencuri kalau tidak dibantu kerajaan’ ditimbulkan kembali baru-baru ini walapun beliau telah menafikannya berulang kali sejak 2013.

“Ini adalah satu perkara yang tidak adil… dari tahun 2013, tahun 2015, tahun 2017, ini tahun 2018 dah nak election (pilihan raya), dikeluarkan lagi (tuduhan ini),” katanya kepada media di sini.

Menurut Nancy, kenyataannya yang dibuat semasa menjawab soalan dalam satu program yang dihadirinya lima tahun lepas telah diputarbelitkan oleh sebuah media propembangkang pada ketika itu.

“Demi Allah pada hari ini saya menyatakan saya tidak pernah mengatakan demikian,” katanya sambil meminta rakyat agar tidak terjebak dengan taktik kotor tersebut.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *