Pasukan Kelantan akan menjalani latihan intensif di padang rumput tiruan Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebagai persiapan menentang Felda United FC Rabu ini.

Pengendali Kelantan K. Devan berkata latihan di padang tiruan ialah bagi memudahkan pemain menyesuaikan diri bermain di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang yang turut menggunakan rumput jenis sama.

“Pemain akan menjalani latihan selama dua hari bermula esok di padang berkenaan sebelum bertemu Felda United FC di gelanggang lawan.

“Saya menjangka pemain tidak mempunyai masalah untuk bermain di atas padang menggunakan rumput jenis berkenaan kerana ramai yang telah menjalani latihan di atas rumput tiruan sebelum ini,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Ditanya mengenai penyerang lawan iaitu Francis Forkey Doe, Devan berkata “kami mempunyai perancangan bagi mengikat pengerakan pemain itu dalam perlawanan itu nanti.

“Kami yakin akan melakar kejutan di tempat lawan jika pemain mengikut segala perancangan yang ditetapkan dalam tempoh 90 minit perlawanan,” katanya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *