Bekas vokalis kumpulan Hyper Act, Kecik telah diperintahkan oleh Mahkamah Majistret Selayang membayar kompaun RM200 kepada teman wanitanya atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap wanita itu, dua minggu lalu.

Kecik mengaku bersalah atas pertuduhan sengaja mendatangkan cedera terhadap Farah Nurizzati Salleh, 25, di Batu 6 3/4, Kampung Changkat Gombak dekat sini, kira-kira pukul 7.13 malam, 12 Mac lalu.

Kecik atau nama sebenarnya Muhammad Fauzi Kamaruddin, 23, bersetuju membayar kompaun tersebut dan mahkamah melepas dan membebaskannya.

Majistret Iriane Isabelo membuat keputusan tersebut selepas kedua-dua pihak bersetuju supaya kes diselesaikan secara bersama mengikut Seksyen 260 Kanun Prosedur Jenayah semasa pendakwaan kes itu dijalankan.

Kecik tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *