Hanya tiga hari menjelang perlawanan menentang Bayern Munich, kecederaan yang dialami Neymar mengusarkan pasukannya selepas sekadar seri ketika berdepan Montpellier, awal pagi Ahad.

Jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Unai Emery menjangka Neymar dapat pulih daripada kecederaan kaki kanan bagi aksi Liga Juara-Juara pada Selasa ini selepas pasukannya bergelut seri 0-0 kerana ketika ketiadaan bintang Brazil itu.

Situasi itu menyebabkan pasukannya terpaksa bermain tanpa pemain berusia 25 tahun itu sejak perpindahan dengan rekod dunia dari Barcelona.

“Esok akan dimaklumkan keadaannya.

“Masih ada tiga hari untuk mempersiapkan diri bagi perlawanan itu tapi saya fikir jika semuanya berjalan lancar dia akan kembali,” kata Emery.

Kelab dari ibu negara itu hanya mendahului di tangga teratas liga satu mata di depan juara bertahan AS Monaco yang membenam Lille, Jumaat lalu.

“Kami perlukan semua pemain untuk mengekalkan tahap dan rentak.

“Bagaimanapun, saya tidak boleh menyatakan perlawanan itu berbeza dengan kehadiran Neymar,” kata pengendali dari Sepanyol itu.

Bintang sedang meningkat Kylian Mbappe meraih peluang terbaik pelawat di Stade de la Mosson, namun pemain berusia 18 tahun itu membazirkan peluang di depan pintu gol.- AFP

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *