Kapal perang Russia sudah meninggalkan pangkalan tentera laut Tartus di Syria, lapor agensi berita Interfax memetik kenyataan pembuat dasar Russia hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertahanan Russia di dewan rendah Parlimen, Vladimir Sharmanov berkata, kapal terbabit sudah meninggalkan pangkalan mereka di Mediterranean kerana bimbangkan keselamatan mereka.

“Perkara itu adalah amalan biasa apabila ada ancaman serangan,” kata Sharmanov.

Sementara itu di Ankara, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dan rakan sejawatannya dari Russia, Vladimir Putin membincangkan perkembangan terbaharu di Syria dalam satu panggilan telefon hari ini, kata sumber menambah kedua-duanya bersetuju untuk terus berhubung.

Panggilan dengan Putin itu dibuat selepas Erdogan bercakap terlebih dulu dengan Presiden Donald Trump dan bertukar pandangan mengenai Syria. -Reuters

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *