Dua kapal kontena, di mana salah satunya didaftarkan di Singapura berlanggar di perairan Pasir Gudang, Johor pada Selasa.

Pihak Berkuasa Pelabuhan dan Maritim Singapura (MPA) berkata, ia dimaklumkan oleh Lembaga Pelabuhan Johor (JPA) mengenai pelanggaran antara kapal kontena Wan Hai 301 yang didaftarkan di Singapura dan kapal kontena APL Denver yang didaftarkan di Gibraltar, di Pelabuhan Pasir Gudang pada pukul 11.50 malam Selasa.

MPA dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, salah satu daripada tangki kontena di APL Denver dilaporkan mengalami kerosakan dan tertumpah, dianggarkan kira-kira 300 tan minyak.

JPA telah menggunakan empat kapal anti pencemaran dan ‘oil boom’ untuk mengawal tumpahan minyak.

Tompokan minyak dikesan di Singapura, dengan tumpahan di barat Pulau Ubin.

Menurut MPA, ia telah mengaktifkan lapan kraf anti pencemaran dengan keupayaan semburan cecair untuk membersihkan minyak.

Tambah MPA, tiada kecederaan atau kesesakan dilaporkan di Selat Johor dan operasi pelabuhan Singapura tidak terjejas.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *