Brazil kelmarin kembali digemparkan dengan skandal rasuah baharu selepas hakim mengarahkan siasatan dijalankan ke atas hampir satu pertiga Kabinet Presiden Michel Temer.

Senarai individu yang berdepan siasatan itu termasuk lapan menteri dan Ketua Turus kepada Presiden Michel Temer, Datuk Bandar Rio de Janeiro ketika Olimpik berlangsung serta empat bekas presiden.

Mereka dinamakan oleh kakitangan syarikat pembinaan, Odebrecht yang mengaku telah membayar AS$1 bilion (RM4.4 bilion) dalam bentuk wang suapan.

Difahamkan, ia adalah sebahagian daripada siasatan selama tiga tahun kes rasuah melibatkan syarikat minyak negara, Petrobas.

Kesemua 108 nama individu yang didedahkan Hakim Mahkamah Agung, Edson Fachin dipercayai terlibat dalam rasuah dan penyelewengan terbesar untuk kepentingan ahli politik dan dana parti.

Ia turut menyenaraikan sejumlah nama bakal calon presiden pilihan raya 2018 termasuk Aecio Neves dan bekas Menteri Luar, Jose Serra.

Susulan pendedahan senarai nama itu, penduduk di Sao Paulo bertindak mengetuk periuk dan kuali sebagai tanda protes terhadap skandal rasuah politik itu. – Agensi

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *