Pelakon terkenal Hollywood, Julia Roberts menjadi perhatian apabila tampil berkaki ayam ketika melalui karpet merah pada Festival Filem Cannes ke-69 baru-baru ini.

Pada acara berkenaan Julia kelihatan anggun dengan gaun vintaj berwarna hitam meskipun tidak memakai kasut, lapor E Online.

“Dia kelihatan cukup yakin apabila berkaki ayam melalui karpet merah namun masih menyerlahkan kejelitaannya.julia

“Meskipun tidak memakai kasut telah melanggar peraturan pemakaian tetapi dia adalah Julia Roberts dan dia boleh lakukan apa yang dimahukannya,” kata sumber.

Peminat dan jurugambar yang berada di karpet merah berkenaan mula perasan Julia tidak memakai kasut apabila dia mengangkat gaunnya ketika menaiki tangga dan mendedahkan kakinya yang tidak berkasut.

Julia turut ditemani oleh rakan baiknya, George Clooney dan isterinya, Amal Clooney.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *