Jose Mourinho menyenaraikan Rio Ferdinand sebagai antara barisan jurulatih baharu Manchester United bagi musim depan.

Jurulatih kelahiran Portugal itu diumumkan sebagai pengurus baru United bagi menggantikan Louis van Gaal pada minggu lalu.

Berikutan itu juga, bekas jurulatih Chelsea berkenaan didakwa akan membawa Rui Faria dan Silvino Louro ke Old Trafford sebagai pembantunya.

Mourinho mahukan Ferdinand sebagai barisan jurulatih yang akan melakukan rombakan dalam skuad United bagi musim depan.

Dakwaan itu menimbulkan keraguan mengenai kedudukan Ryan Giggs dalam pasukan gergasi England itu.

Mourinho akan bertemu Giggs selepas bekas pemain sayap United itu pulang daripada bercuti di Dubai.

Bagaimanapun Mourinho didakwa memerlukan legenda United yang mempunyai pengetahuan mengenai pasukan berkenaan untuk membina semula kegemilangan yang pernah dibawa Alex Ferguson.

Rekod Rio Ferdinand bersama Man United

Jumlah penampilan: 444

Jumlah gol: 8

Pencapaian:

Liga Perdana Inggeris Premier League (6): 2002–03, 2006–07, 2007–08, 2008–09, 2010–11, 2012–13

Piala Liga (3): 2005–06, 2008–09, 2009–10

Perisai Komuniti (6): 2003, 2007, 2008, 2010, 2011, 2013

Liga Juara-Juara Eropah: 2007–08

Piala Dunia Kelab Fifa (1): 2008

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *